Wednesday, October 29, 2008

Irfan Khairi Jutawan Muda

Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan padausia muda menjadi impian setiap insan. Pierre Omidyar, pengasaslaman lelongan menerusi internet yang lebih dikenali sebagai eBaymenjadi jutawan pada usia yang belum pun mencecah 30 tahun.Berikutan kejayaan Omidyar, mendorong anak muda tempatan lulusan ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari UniversitiStaffordshire, United Kingdom [UK], Irfan Khairi, menceburi perniagaan sendiri di Internet.Pemuda kelahiran Perak, tetapi dibesarkan di Selangor dan sekarangmenetap di Seremban ini mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuanInternet dan Multimedia yang dipelajarinya untuk menjadi jutawanmuda seawal umur 25 tahun. Tidak ada siapa yang menduga, anak muda yang agak pemalu dan sentiasa merendah diri ketika di bangkusekolah itu berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggidengan tokoh jutawan Internet yang lain.Menyoroti sejarah sebelum memegang status itu, Irfan setelah habispengajian ijazah pertamanya menerima tawaran bekerja di salahsebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birminghamiaitu Netmedia [UK] Ltd.Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliaubertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuksekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid. Sekaranglebih daripada 5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut.Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidangInternet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidangperniagaan Internet secara sambilan pada 1999. Selepas mendapatipendapatan daripada perniagaan Internet miliknya itu bertambahberlipat kali ganda, beliau mengambil keputusan untuk berhentikerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan tersebut.Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah denganhanya menggunakan komputer riba dan Internet. Dalam masa tiga tahunberoperasi, salah satu perniagaannya memperoleh keuntungan bersihsebanyak RM 1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih.Modal permulaannya hanya RM500.Ditanya sejak bila mula terfikir untuk terlibat secara serius dalambidang perniagaan seperti ini, Irfan dengan senyum yang tidakpernah lekang dari bibirnya menjawab, 'Ketika berusia 18 tahun ''Selepas Sijil Pelajaran Malaysia, saya mula memikirkan masa depanperniagaan ini. Saya berminat menceburinya setelah mendapat banyaksumber inspirasi melalui buku tentang kejayaan orang lain yang sayabaca,' Katanya.Kejayaan yang dimilikinya itu, memerlukan usaha yang bersungguh danterancang. 'Saya bukan bergelar jutawan dalam sekelip mata, tetapimengambil masa tujuh tahun untuk sampai ke tahap ini,'Katanya.Menurut Irfan, semuanya bermula apabila beliau mula berminatmendalami kejayaan orang lain dalam bidang-bidang tertentu. 'Sayadapati mereka berjaya kerana melakukan perkara yangdisukaai,'katanya.Meminati Bill Gates yang dianggap sebagai idolanya, beliaumenyatakan kekagumannya terhadap manusia paling kaya di dunia itu.'Saya kagum dengan idea, konsep yang diketengahkan oleh beliau.Bill Gates juga seorang ayah yang baik. Walaupun beliau orang yangterkaya di dunia, tetapi masih tetap merendah diri.Kalau boleh sayaingin menjadi seperti beliau.''Dari awal hingga menjadi kaya, beliau buat perkara yangdiminatinya iaitu pengaturcaraan [programming], Beliau menjadi kayasebab buat perkara yang diminatinya. Saya juga selalu sarankankepada peserta bengkel kendalian saya supaya buat perkara yangmereka minat, jangan terikut-ikut dengan industri yang kita sendiritidak tahu keadaannya. Kalau hendak mencapai kejayaan sebenarnyaindustri apa-apa pun boleh tetapi yang paling panting, kita minat,'jelas beliau.Ditanya tentang kelebihan perniagaan Internet, Irfan berkata,'Kemudahan Internet sebenarnya memberikan potensi cukup luas dalammemperluas perniagaan dan kita boleh berniaga apa-apa sahaja diluar sana. Jenis perniagaan itu pula bebas asalkan mendapatpermintaan.'Menurut Irfan lagi perniagaan itu sesuai diceburi oleh siswazahmenganggur kerana mereka mempunyaai pelbagai kepakaran bidang yangboleh diniagakan menerusi internet, asalkan mereka celik IT,mempunyai peralatan komputer, dan kemudahan Internet.'Perkara yang penting ialah kesungguhan dan yakin terhadap potensidiri untuk menjadi yang terbaik dan peluang menjadi jutawansebenarnya terbuka luas untuk semua orang, ' tambah beliau.Perniagaan Internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble,sehingga sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orangpelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari Amerika Syarikat,UK,negara-negara Eropah, Timur Tengah, Jepun dan Australia.Antara perniagaannya yang berjaya termasuk mereka cipta E-book,mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO [Searca EngineOptimization ], Menjual peta, penempahan hotel, perundingmultimedia, E-Niaga, dan e-pembelajaran.Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaannya malah menulis bukuberjudul, Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, kepada orangramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk menjalankanperniagaan Internet. Dalam buku tersebut, beliau mencadangkansupaya pembaca yang ingin menjalankan perniagaan Internet hanyamenjual satu produk atau perkhidmatan sahaja untuk setiap laman webyang dibangunkan kerana ini memudahkan mereka mencapai kejayaan.Tidak ketinggalan beliau juga memberikan beberapa panduan bagaimanapembaca boleh membangunkan laman web mereka sendiri. Buku setebal158 halaman terbitan Truewealth Sendirian Berhad ini berguna untukmereka yang merancang untuk menjalankan perniagaan Internet.Sehingga sekarang, Irfan mesih bekerja sepenuh masa di rumah denganpenuh selesa menggunakan Internet sebagai sumber pendapatanbersama-sama isteri dan sepasang cahaya mata. Katanya, hidup mestiditeruskan walaupun sudah bergelar jutawan.'Walaupun harta akanditinggalkan setelah mati, tetapi berfikirlah bahawa pekerjaan yangkita lakukan hari ini adalah untuk kesenangan 1000 tahun lagi.Maka, wajib bekerja dan bekerja'